Dalam satu hadis nabi Muhammad SAW, sabdanya:
“Sebaik-baik air dimuka bumi ini adalah air Zam-Zam, terdapat didalamnya zat makanan dan penyembuh bagi segala penyakit”
Berdasarkan hadis diatas , jelaslah air terbaik untuk kesihatan adalah air Zam-zam. Dari segi sains air zam-zam mengandungi kandungan mineral dengan nisbah yang tepat, yang sangat baik untuk kesihatan. Dengan mengambil kira faktor kandungan mineral ini, maka air yang baik untuk kesihatan adalah air mineral asli. Untuk sumber mineral terbaik kepada tubuh manusia , maka air adalah sumber terbaik. Garam mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, chromium, selenium, natrium , zink dan sebagainya amat penting untuk fungsi metabolisma tubuh manusia yang normal. Menurut kajian, air zam-zam adalah lebih beralkali dan mempunyai nisbah kandungan mineral magnesium yang tinggi yang amat baik untuk kesihatan.
Sumber semulajadi air beralkali adalah air ‘zam-zam’, air mata air, air cairan glasier, air gunung dan sebagainya. Air mineral yang dibotolkan dari sumber mata air yang asli biasanya sedikit beralkali. Air beralkali adalah air yang mempunyai nilai pH yang lebih dari 7.1 hingga 10. Air beralkali didapati lebih berkhasiat kepada kesihatan untuk jangka masa panjang berdasarkan banyak kajian yang dijalankan terutamanya di negara Jepun, Korea, China dan Russia.
Minum air paip secara terus adalah kurang baik untuk kesihatan kerana kandungan klorin yang tinggi, ampaian, karat besi dan pelbagai jenis logam berat didalam nya. Kita perlu minum air yang ditapis untuk membuang klorin berlebihan dan menapis karat besi dan sebagainya didalam air. Terdapat pelbagai jenis penapis air yang dijual dipasaran terpulanglah kepada kita untuk menggunakannya. Penapis air ini biasanya dipasang kepada air paip di singki didapur untuk kegunaan harian seperti air minuman dan masakan. Terdapat kajian yang menunjukkan lebihan klorin yang bercampur dengan bahan organik didalam air paip yang dipanaskan akan menyebabkan penghasilan bahan karsinogen trihalomethane.
Minum air hujan, air sungai, air perigi dan air kolam secara terus tanpa di masak juga adalah bahaya kepada kesihatan kerana ditakuti terdapat kuman yang merbahaya kepada kesihatan didalamnya. Minumlah air yang sihat demi kesihatan yang baik untuk jangka masa yang panjang.
Conversion Conversion Emoticon Emoticon