Info Penting Mengenai Kanser
Setiap orang dari kita mempunyai sel
kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan
melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Sel
kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang
mampu dikesan.
Disenaraikan maklumat penting agar
kita dapat mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah penyakit kanser:
1. Seseorang akan mendapat sel kanser
sebanyak enam hingga sepuluh kali dalam hayatnya.
2. Sistem imun yang sihat akan memusnah
dan menghalang sel kanser daripada membiak dan membentuk tumor.
3. Kanser mungkin disebabkan oleh
kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.
4. Perubahan diet dan pengambilan
makanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun, yang
boleh menghalang pembiakan sel kanser.
5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel
kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat.
Begitu juga dengan rawatan radiasi.
6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan
makanan yang diperolehi melalui:
7. Pengambilan gula; dengan mengurangkan
pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser.
Pemanis tiruan bukan alternatif yang baik. Alternatif yang lebih baik ialah
madu asli atau daun stevia.
8. Garam halus; bahan kimia digunakan
untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam
laut (kasar) atau garam bukit.
9. Susu lembu; segelas susu boleh
mengandungi campuran sebanyak 20 ubat penahan sakit, antibiotik dan hormon pertumbuhan.
Ia juga boleh membuat tubuh menghasilkan mukus atau lendir terutamanya di trek
usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu segar daripada
ternakan yang bebas daripada ubat penahan sakit, antibiotik dan hormon
pertumbuhan.
10. Sel kanser subur dalam persekitaran
berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk makan ikan
atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan
parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.
Conversion Conversion Emoticon Emoticon